SEVEN ELEVEN


SEVEN FROM ELEVEN
MACHOOOOOOO...TU...

MEMORIMU MEMORIKU


Rasanya ramai yang menyimpan gambar - gambar lama (hitam- putih) kita sekeluarga.Jadi di sinilah boleh kita pas - pas gambar tu. Gambar aku masih kecil rasanya banyak ada pada Ijun. Tolonglah pas kat sini.Aku nak simpan sebab aku nak buat Biografi diri aku sendiri. Sebab aku tak mahu generasi aku tak tahu akan tok nenek mereka. HIDUP SERUMPUN ZAHIR.

WAHAI ANAK-ANAKKU


Marilah kita semua menggunakan kecanggiham masa kini untuk berinteraksi dan berkomunikasi.Kepada sesiapa yang nak masukkan stori bolehlah emailkan sahaja.Nanti Isa akan uploadkan.Kalau sibuk sangat gunakan ruangan chatting.Perkembangan emak akan dilaporkan dari semasa ke semasa dalam ruang ini.Kepada yang pakar dalam bidang IT TOLONGLAH upGRADEKAN PENAMPILAN blog ini supaya kelihatan canggih dan dibuka setiap hari.

SETELAH DEWASA


Inilah gambar terakhir ,kami dapat berkumpul seramai sebelas orang adik - beradik. Gambar ini diambil ketika kak Long (abang Man) berkahwin. Semua sudah berkeluarga.Kalau dilihat betul - betul pada gambar tersebut, bapak telah tiada. Untuk pengetahuan inilah gambar terakhir diambil secara beramai -ramai dan emak dalam keadaan sihat. Tak lama selepas itu, emak telah tergelincir dan jatuh sakit dan payah untuk berjalan sehinggalah hari ini.

KELUARGA SUDAH BERKEMBANG


Gambar ini diambil pada tahun 1985.Peluang seperti ini hanya wujud apabila tiba raya.dan kebetulan yang tinggal jauh tiba giliran raya di PJ. Cucu paling tua ialah Kak Long (anak Abang Man) dan yang paling kecil ialah Najib (anak abnag Fuad). selepas bergambar kami menikmati jamuan Hari Raya. Sambal kacang pasti ada.

KELUARGA ASAS MOHD TAHIR & ZAINON


Gambar ini diambil pada tahun 1980.Ketika itu aku darjah enam. Kesemua kami dapat berkumpul maklumlah pada masa itu tak ramai yang berumah tangga lagi. Semua nya ada seramai 11 orang.Emak dan bapa tentu bangga pada masa ini kerana berjaya membesarkan kami semua. Kak Idah dan Kak Intan bunga yang belum disunting lagi. Ijun dan Yahya bersekolah di SMK Petaling. Aku baru darjah enam. Uji baru bersekolah dan adik paling kecil,manja dan nakal namun siapa berani usik , maklumlah anak bongsu.

KELUARGA FASA 1


Segak bapaku bersama isterinya tersayang dan lima orang anak mereka(Fasa 1) . Ini group pertama.Ada yang lahir di Singapura dan ada yang lahir di Muar. Aku tidak pasti bila gambar ini diambil. Tapi comel sekali mereka bergambar.Kini mereka telah dewasa.

KELUARGA ASAS MOHD TAHIR & ZAINON

DIA IBUKU

Zainon Bt Haji Mansor.Dilahirkan pada .............................................Merupakan anak keempat dalam keluarga Haji Mansor.Bernikah dengan sepupunya sendiri (bapak akulah) iaitu anak kepada Haji Yunus.Dikurniakan 12 orang anak.Seorang telah meninggal dunia.Iaitu yang kedua. Aku dua orang anak pun dan tonggang terbalik, ini 12 orang. Cukup hebat. Selepas bernikah ibuku dibawa ke Singapura kerana bapaku bekerja di Singapura iaitu di Utusan Melayu.Selepas itu Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur maka ibu bapaku juga berpindah ke Kuala Lumpur. Bapaku berhenti dari Utusan Melayu dan mengusahakan kedai runcit di Kampung Pasir.Selepas itu terus menjadi kotraktor bina rumah.

Ibuku menjadi ibu sepenuh masa dan memelihara kami dengan penuh kasih sayang.

Kalaulah semasa sekolah dulu ,aku rajin belajar dan tentu dalam umur yang muda aku dah masuk universiti dan dapatlah peluang ibu dan bapaku melihat aku menerima ijazah.Ini dan berumur 40 tahun baru dapat. Ayah dah tiada dan emak pun dah uzur. Dalam keadaan yang uzur emak tetap gembira apabila aku bergambar dengannya dengan jubah sarjanaku.

KENALI MEREKA

HAJI MOHD TAHIR B. HAJI YUNUS.
Tarikh lahir: / /
Tidak banyak yang saya tahu tentang allayarham bapa saya ni. Tulah sebab saya buat blog supaya anak cucu saya jelas tentang diri saya. Bapa mempunyai 3 orang adik - beradik. Seorang dah meninggal (Lelaki) seorang lagi di Singapura.Allahyarham telah berkahwin dengan Zainon (Ibu saya) dan dikurniakan 12 orang anak. Seorang meninggal waktu kecil. 11 yang lain masih hidup sehingga sekarang.Bapak pernah bekerja di Utusan Melayu di Singapura kemudian berpindah ke Kuala Lumpur dan akhirnya menetap di Petaling Jaya. Bapak meninggal pada hari Isnin 19 Jan. 1992.Di rumahnya di Kawasan Melayu kerana sakit tua dan menanggung sakit gatal-gatal yang amat dahsyat. Saya tak berapa sedih dengan pemergian bapak kerana bapak selalu berpesan aku masih ada cuma di lain dunia.sedekahkanlah fatehah dan yasin serta tahlil. Al - Fatehah.

INILAH WAJAH MEREKA


KELUARGA ASAS MOHD TAHIR & ZAINON


KELUARGA ASAS MOHD TAHIR & ZAINON

ASAL GENERASIKU

Inilah carta salasilah keluargaku.Untuk pengetahuan bapa dan ibu ku merupakan sepupu.
Mohd Tahir Bin Haji Yunus. Zainon Bt. Haji Mansor