
Gambar ini diambil pada tahun 1980.Ketika itu aku darjah enam. Kesemua kami dapat berkumpul maklumlah pada masa itu tak ramai yang berumah tangga lagi. Semua nya ada seramai 11 orang.Emak dan bapa tentu bangga pada masa ini kerana berjaya membesarkan kami semua. Kak Idah dan Kak Intan bunga yang belum disunting lagi. Ijun dan Yahya bersekolah di SMK Petaling. Aku baru darjah enam. Uji baru bersekolah dan adik paling kecil,manja dan nakal namun siapa berani usik , maklumlah anak bongsu.