
Zainon Bt Haji Mansor.Dilahirkan pada .............................................Merupakan anak keempat dalam keluarga Haji Mansor.Bernikah dengan sepupunya sendiri (bapak akulah) iaitu anak kepada Haji Yunus.Dikurniakan 12 orang anak.Seorang telah meninggal dunia.Iaitu yang kedua. Aku dua orang anak pun dan tonggang terbalik, ini 12 orang. Cukup hebat. Selepas bernikah ibuku dibawa ke Singapura kerana bapaku bekerja di Singapura iaitu di Utusan Melayu.Selepas itu Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur maka ibu bapaku juga berpindah ke Kuala Lumpur. Bapaku berhenti dari Utusan Melayu dan mengusahakan kedai runcit di Kampung Pasir.Selepas itu terus menjadi kotraktor bina rumah.
Ibuku menjadi ibu sepenuh masa dan memelihara kami dengan penuh kasih sayang.
Kalaulah semasa sekolah dulu ,aku rajin belajar dan tentu dalam umur yang muda aku dah masuk universiti dan dapatlah peluang ibu dan bapaku melihat aku menerima ijazah.Ini dan berumur 40 tahun baru dapat. Ayah dah tiada dan emak pun dah uzur. Dalam keadaan yang uzur emak tetap gembira apabila aku bergambar dengannya dengan jubah sarjanaku.