KENALI MEREKA

HAJI MOHD TAHIR B. HAJI YUNUS.
Tarikh lahir: / /
Tidak banyak yang saya tahu tentang allayarham bapa saya ni. Tulah sebab saya buat blog supaya anak cucu saya jelas tentang diri saya. Bapa mempunyai 3 orang adik - beradik. Seorang dah meninggal (Lelaki) seorang lagi di Singapura.Allahyarham telah berkahwin dengan Zainon (Ibu saya) dan dikurniakan 12 orang anak. Seorang meninggal waktu kecil. 11 yang lain masih hidup sehingga sekarang.Bapak pernah bekerja di Utusan Melayu di Singapura kemudian berpindah ke Kuala Lumpur dan akhirnya menetap di Petaling Jaya. Bapak meninggal pada hari Isnin 19 Jan. 1992.Di rumahnya di Kawasan Melayu kerana sakit tua dan menanggung sakit gatal-gatal yang amat dahsyat. Saya tak berapa sedih dengan pemergian bapak kerana bapak selalu berpesan aku masih ada cuma di lain dunia.sedekahkanlah fatehah dan yasin serta tahlil. Al - Fatehah.